19 July 2012

Temporary housewife

Alhamdulillah, final semester exam is now over. Three weeks yang hidup saya tunggang-langgang la jugak. Hari-hari berdoa takde orang datang rumah sebab rumah sangatlah tidak presentable. To an extent sampaikan saya rasa sangatlah tidak apa bila tiba-tiba encik suami kata dia tak boleh balik Shah Alam sebab weekend ni dia ada program itu ini. Yahuuu yabeda bedu, lagi bagus dia tak balik sebab saya tak payahlah gigih mengemas rumah on Friday dan settle kain baju yang bergunung-ganang tu. Oh, sungguh hampeh kan saya ni, rasa obliged nak kemas rumah hanya bila encik suami ada. Sometimes saya buka sebelah mata aje tengok almari buku semak bersepah sepanjang weekdays, only a few hours before encik suami sampai barulah kelam kabut nak arrange semua. Mainan anak-anak bersepah-sepah, bercampur-campur macam-macam kategori, last minutes tu jugaklah baru saya nak sort out semua. Kain baju toksah cakap, ada masanya longgok elok-elok dalam bilik, then balut dengan kain, walaupun tak sempat lipat but just make sure takdelah sakit mata sangat nak tengok. Takpelah, at least ada la juga perasaan nak memuliakan kedatangan suami, walaupun penuh dengan drama dan lakonan semata-mata, hehehe...

Maka dengan ini tamatlah pengajian ijazah saya dalam bidang undang-undang. But I opt to take another one year program to be entitled to become a litigation lawyer. Jadi saya dan anak-anak cuma akan balik Kuantan dan unite tinggal bersama encik suami pada Julai 2013. Ala... kami dah hidup begini for almost five years. To add another one more year, even though tetap rasa berat, but bearable. Jadi gigihkan sajalah, physically, emotionally, financially. To those yang masih confused, program Ijazah Undang-Undang (BLS) UiTM yang saya ambil sekarang boleh melayakkan saya jadi legal officer. Dah laku nak apply kerja kat bank, jabatan kerajaan, any institution yang ada legal department, even kat legal firm. Tapi untuk jadi lawyer yang boleh pergi court, sebagaimana yang saya cita-citakan, saya perlu ambil satu lagi ijazah, LLB, top up satu tahun lagi. Ada aje kawan-kawan saya yang memang tak pernah minat nak jadi practising lawyer, as soon as habis BLS diorang terus masuk dunia pekerjaan.

Since ijazah BLS pun laku di pasaran, boleh aje saya nak apply kerja sementara tunggu bermula semester depan. Now tengah cuti dua bulan, sampailah lepas Aidilfitri nanti. Financially kami memang tengah desperate, many unexpected expenses suddenly popped up. Insurance company tak nak cover the damage happened to our Exora, now kami terpaksa keluarkan duit sendiri for repair cost. Termasuklah yuran overtime taska anak-anak yang mencecah RM700+ last month, disebabkan lecturers memanjang buat kelas ganti di luar office hours dan saya ambil kelas kokurikulum yang time table nya waktu malam. Dan banyak lagilah urusan dunia yang perlukan duit. Tambah-tambah nak Ramadhan dan nak raya ni. Tapi bila discussed dengan encik suami, encik suami advised suruh saya stay aje kat rumah sepanjang dua bulan ni, enjoy the time I have sementara belum masuk alam career. Once dah bekerja nanti, sepanjang tahunlah kena pergi kerja, mana ada cuti-cuti panjang ni, harapkan public holidays ajelah. Jadi student ni best la jugak, belajar empat bulan, cuti dua bulan. Time belajar tu boleh suka-suka hati bila nak declare public holiday sendiri, as long as your total attendance meet the minimum 80% requirement. Jadual pun flexible, boleh create sendiri your own timetable, kalau nak avoid traffic jam waktu petang, arrange la timetable supaya kelas habis pukul 4 petang hari-hari, then cabut balik rumah cepat-cepat before orang habis office hour. Lepas tu ada banyak masa senggang in between classes, boleh lari-lari sini sana uruskan anak sekolah, gi breastfeeding, gi shopping grocery, bayar bil, qadha tidur, balik rumah sekejap sidai kain, dan macam-macam lagi. Dah kerja nanti, jangan haraplah nak enjoy macam masa jadi student dulu.

Jadi saya pun duduk goyang kaki kat rumah ajelah sekarang ni. Goyang kaki?! Oh tidak, nehi nehi, never never! Anak-anak semua tak dihantar ke taska, saya jaga sendiri kat rumah, memandangkan saya takde apa-apa urusan nak buat di luar. Maka saya isytiharkan diri saya as a temporary housewife! Not housewife in a true sense la kot, sebab tok laki takde kat rumah, jaga anak-anak aje pun, hehehe... Eh, sekarang ni macam-macam istilah ada. Dulu selalu dengar istilah full time housewife. Lepas tu orang question, ada ke part time housewife? Now dah invent istilah baru pulak. Stay-at-home-mom (SAHM), working-at-home-mom (WAHM), apa-apa tah lagi. So dah ada macam-macam kategori housewife. Ada housewife yang betul-betul uruskan rumah tangga 100%, ada yang duduk rumah sambil-sambil buat business, ada yang kerja flexible which certain days dia gi office and certain days dia buat kerja dari rumah aje sambil jaga anak-anak, ada juga yang ada business premise sendiri dan angkut anak-anak sekali gi kedai. Apa pun, two common similarities when people define housewife adalah, housewife tu duduk kat rumah dan dia jaga sendiri anak-anak. As long as you fulfill these two, then you are a housewife.

Saya rasa, disebabkan pekerjaan housewife tu adalah mulia, maka ramai ibu yang kepingin nak dapat title housewife. Tu pasal la ada macam-macam istilah, SAHM, WAHM and what not, so that lebih ramai ibu can fall into that category. Regardless the fact that, dia bukannya duduk rumah 24-7 mengadap anak-anak dan mengurus rumah pun. Sometimes one third of their day, diorang sibuk membungkus order for their business. Sometimes diorang duduk aje kat rumah, tapi ada dua tiga maids yang buat semua house chores. Sometimes diorang duduk di rumah merely sebab tak bekerja and most time of the day diorang gi window shopping. Sometimes anak-anak pun bukannya ada di rumah, dari pagi sampai ke senja gi sekolah, mak cuma jadi driver hantar dan ambil anak-anak gi sekolah, gi tuisyen, gi mengaji, etc. But still boleh aje nak proudly announce to the world, that she is a housewife, a job on earth that makes a woman seems so noble. Tengok, sampaikan saya pun dah wujudkan satu kategori baru, temporary housewife, so that saya dapat title housewife tu.

Even kawan-kawan saya yang punya career, ada juga masa-masa yang diorang being honoured with the housewife title. I mean, temporary housewife la. Ala, contoh senang, time cuti masa dalam pantang lepas bersalin, kan duduk rumah dua bulan. Contoh lain, fasa in between job hopping, lepas berhenti kerja lama, sementara nak masuk tempat kerja baru, dapatlah merasa jadi housewife kejap. Tak pun bagi yang dapat cuti bergaji untuk sambung belajar, so study kat rumah dan siapkan thesis sambil jaga anak-anak. Or contoh lain, for those yang ambil cuti tanpa ganji temporarily sebab ikut husband gi oversea, so jadilah housewife sekejap. Dan tengok saya ni, saya pun kategori temporary housewife sebab jadi housewife masa cuti semester aje. Hmm... agak-agak kalau isi borang time ni, nak tulis pekerjaan kita apa ye?

Being a temporary housewife, fasa nak adjust tu pada mulanya susah sikit. Kita dah biasa keluar rumah pagi-pagi buta, pakai baju elok-elok berbedak semua. Now dah rasa macam tak payah gigih nak mandi awal sangat, sekadar gosok gigi dan basuh muka masa ambil wudhu' solat Subuh, hantar anak gi sekolah pun pakai kain batik aje. Kita dah biasa dalam sehari tu masa office hours, kita bebas buat urusan kita tanpa ada budak kecil main kat kaki kita. Now gi mana-mana kena angkut semua anak, siap dengan botol susu, diapers, baju salin, tisu dan lain-lain. Kita dah biasa dalam sehari tu lepas hantar anak gi taska, ada la masa kita dapat bertenang tak payah dengar budak menangis bising macam apatah. Now 24-7 must standby and be prepared, nak kena console anak menangis meraung melalak, or nak kena jadi referee untuk settlekan huru-hara anak-anak bergaduh, or nak kena menjerit paksa anak-anak kemas mainan dan mandi. And the worst thing over all is, kita dah biasa tak terkejar nak buat house chores and kita sentiasa rasa ada justification bila rumah macam kapal pecah sebab kan kita sibuk kat luar kan, but now dah jadi housewife kita nak bagi alasan apa yek? Yang ni la yang paling saya tension, okay... Takpe, takpe, dua bulan aje pun, sabar ajelah ye, Puan Asiah. I guess I am not meant to be a full time housewife. Saya dah merasa jadi housewife selama enam tahun, sebelum saya sambung belajar. I assure you, it is indeed a tough job. My high respect to all housewives out there!

9 comments:

  1. glad having u back in blogging world =)

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    akhirnya akak aktif berblog kembali..saya dulu terjumpa blog akak kat friendster ttg bersalin kat hospital gov (sy google pro n cons)..rasa tertarik dgn cerita2 akak, so sy follow n khatam jugalah blog tu hihi..bcoz most of your story inspired me ^^

    ReplyDelete
  3. Akak... Sy pun tgh jadi temporary housewife.. Br 4 hari.. Tp letihnya... Kita pg kelas walau balik malam x rasa letih sgt.. Tp duk rumah jd housewife sy rasa petang tu mata sy dh kuyu dah... Hehehehe... Mmg org yg jd housewife sepenuh masa adalah org2 yg plg kuat!..

    ReplyDelete
  4. Akak... Sy pun tgh jadi temporary housewife.. Br 4 hari.. Tp letihnya... Kita pg kelas walau balik malam x rasa letih sgt.. Tp duk rumah jd housewife sy rasa petang tu mata sy dh kuyu dah... Hehehehe... Mmg org yg jd housewife sepenuh masa adalah org2 yg plg kuat!..

    ReplyDelete
  5. I wish that i could be SAHM.. seriously, saya tak de cite2 tinggi nak jadik career woman.. i just hope that i can stay at home.. masak utk family hari2.. basuh baju hari2.. lipat baju hari2.. kemas rumah hari2.. sempat main and melayan anak hari2.. but, i guess, i can only dream :( Asiah, dont call urself hampeh sbb hanya kemas rumah biler husband nak balik.. saya ni yg husband balik rumah hari2 pon dah lama giler tak kemas rumah.. dah takde baju bersih yang dah berlipat.. nak pakai kena punggah dari timbunan baju yg belum lipat.. and saya baru ada sorang anak.. while, u have 6 children!! U did a great job, actually!! :)

    ReplyDelete
  6. agreelah ngan statement dayanne...sy bab2 membasuh mmg rajin...bab2 melipat yg selalu delay...at d end dah jd mcm gunung kinabalu...mmg salute to u la asiah...buat semua sorang2...

    ReplyDelete
  7. Salam,k.sah..
    Welcome back!! Dah lama cari blog akk since friendster dah xde..akhirnya jumpa jugak dengan pertolongan en.google..hehe..rajin2 la update ye..p/s:yang dlm friendster tu hilang terus ke@ sempat backup?

    ReplyDelete
  8. beranak ramai macam tu la

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete